Hye uolz…
Macam
mana cuti hari raya Aidiladha 2 minggu lepas?? Enjoy x?? Of coz hepy kan balik
kampung, jumpa keluarga, sambut raya.. Ada yang hepy, ada juga yang ‘kureng’
hepy. Mungkin sebab x balik kampung, seperti salah seorang ahli kumpulan kami kerana
kampungnya jauh nun di Sabah bah. Korang ada pergi bercuti ke mana-mana x ??
Maklumlah cuti lama jugak kan, mesti ambil kesempatan ‘holiday’ dengan family
kan.. Hepy kan jumpa family, maklumlah dah sebulan lebih bertapak di UUM
sorang2. Excited sesangat nak balik kampung sampai ada yang sanggup ponteng
kelas, hehe ( ^_^ ).. Seronok kan hidup
dalam sebuah keluarga yang bahagia, dalam ber’hepy2’ jangan lah pulak kite lupa
pada kekawan yang hidupnya x se’hepy’ kite ye..
Aiseyyhhh
terlebih sudah saya nie, hehe.. Rasanye korang dah dapat agak ape topik yang
group kami nak kupaskan, right ?? Topiknye tak lain tak bukan ialah :
Peranan Ibu Bapa Dalam
Mewujudkan Keluarga Bahagia
Sudah
menjadi fitrah manusia sejak azali lagi untuk mendirikan sebuah keluarga yang
bahagia. Keluarga boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi atau institusi
yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang telah dinikahkan dengan ikatan
perkahwinan yang sah mengikut syarak dan unit-unit yang lain yang mempunyai
pertalian darah dengan mereka seperti anak-anak mereka, cucu-cucu serta ibu
bapa mereka. Tidak ketinggalan juga saudara jauh seperti sepupu mereka turut
boleh didefinisikan sebagai ahli keluarga. Tujuan berkeluarga boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu dari segi agama, sosial serta Negara. Tujuan
berkeluarga dari segi agama ialah untuk mengelakkan diri daripada
terjerumus dalam kancah maksiat manakala dari segi sosial pula ialah melahirkan
lebih ramai lagi generasi yang berintelektual, dan dari segi Negara pula ialah
dapat melahirkan generasi yang dapat memakmurkan tanah air yang tercinta ini.
Setiap ibu
bapa mahupun anak-anak mesti mahukan keluarga mereka sentiasa hidup dalam
keadaan bahagia. Keluarga yang bahagia ialah sebuah keluarga yang hidup dalam
keadaan yang harmoni, saling mengambil berat antara satu sama lain, sentiasa
banyak meluangkan masa bersama ahli keluarganya serta mempunyai ikatan
silaturahim yang erat antara satu sama lain. Persoalannya sekarang bagaimanakah
kita hendak mewujudkan sebuah institusi keluarga yang bahagia dan
siapakah yang patut menggalas amanah ini?
1. Menyediakan ruang / waktu bersama
keluarga
Ibu
bapa perlulah menyediakan ruang dan meluangkan masa bersama-sama anak-anak
mereka. Mengikut kajian pakar psikologi, bagi anak-anak, kuantiti masa yang ada
tidak penting baginya, tetapi apa yang penting ialah kualiti masa yang
digunakan bersama-sama orang yang paling mereka sayang. Anak-anak merupakan
golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada
ibu bapa mereka. Untuk membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa sebagai
peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan sekelumit masanya
dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan bersama-sama dengan anak-anak mereka. Contohnya bergotong-royong,
berkelah, bercuti ke tempat yang tenang dan indah . Ibu bapa juga haruslah
sedia menjadi pendengar dan penasihat dalam usaha menyelami permasalahan
yang telah lama bersarang di dalam hati mereka. Ibu bapa haruslah bijak merangka
dan mengatur jadualnya untuk membahagikan antara waktu bekerja dan waktu
bersama-sama anak-anak agar kepala anda tidak pening sekali gus tidak kekok
meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka.
2. Memberikan pendidikan sempurna
Anak
umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencoraknya. Ibu bapa seharusnya
memberikan anak mereka pendidikan yang sempurna dalam usaha mewujudkan sebuah
keluarga yang bahagia. Pendidikan yang sempurna ialah pendidikan yang harus
diterapkan kepada anak-anak mereka yang merangkumi segenap aspek penting iaitu
aspek duniawi dan aspek ukhrawi. Dengan didikan ini anak-anak akan mula
mendengar dan mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya serta dapat menghormati ibu
bapa, dan kaum keluarganya yang lain. Mengambil
nasihat daripada Umar Al-Khattab iaitu ‘janganlah
didik anak-anak kita seperti zaman kita dididik tetapi didiklah mereka mengikut
peredaran zaman yang sedang mereka lalui.’
3. Ibu bapa menjadi ‘Role Model’
Ibu bapa merupakan sahabat,
penggalak, teman, pembimbing, pemudahcara dan tempat mereka mengadu akan
masalah mereka kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir sekali
di hati anak-anak mereka. ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong atau memberi
kebebasan kepada anak-anak mereka kerana tindakkan itu pasti berakhir dengan
tragedi yang tidak diingini. Sebagai ibu bapa, kita haruslah menunjukkan
tauladan yang baik kepada anak-anak mereka kerana ibu bapa merupakan cermin
keperibadian mereka. Hal ini kerana tanpa ibu bapa siapalah mereka.
Sebenarnya banyak lagi peranan ibu
bapa dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia tapi nampak macam korang dah
boring sangat baca, hehe.. Kite stop di sini dulu ye korang & nanti kite
continue topik seterusnye pulak.. Terima Kasih sebab meluangkan sedikit masa membaca
posting kami ye.. Mohon maaf kalau ada kata yang mengguris hati sesape,
sesungguhnye ape yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang kurang baik itu
kelemahan saya sendiri.
Sekian,
wassalam..
terima kasih atas bantuan di atas
BalasPadam