MUKADIMAH
Sejak belakangan ini, masalah remaja lari dari rumah semakin
gawat. Setiap hari kita membuka lembaran surat khabar mestilah dapat membaca
berita tentang remaja lari dari rumah. Fenomena ini sangat dirisaukan oleh
seluruh masyarakat kerana remaja merupakan tiang dan harapan negara kita.
Jikalau negara kita mempunyai remaja begini maka masa depan negara akan
terjejas. Oleh itu, faktor-faktor yang menyebabkan masalah remaja lari dari
rumah perlu dikenal pasti dengan segara dan mengorak langkah yang efektif untuk
mengatasinya.
PUNCA-PUNCA REMAJA LARI DARI RUMAH
Punca utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah adalah kurang perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan remaja. Apabila mereka menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi maka mereka akan meluahkan masalah tersebut dengan bapanya untuk mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa kini mementingkan kemewahan hidup akan sentiasa sibuk dalam kerjaya. Secara tidak langsung, mereka telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk memelihara dan membantu anaknya dalam mengatasi masalah. Akibatnya, remaja akan berasa mereka tersisih dan mereka akan mencari hiburan dan ketenangan di luar rumah sehingga mereka enggan balik ke rumah yang tidak mempunyai kasih sayang.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan satu
punca remaja lari dari rumah. Pemikiran remaja belum matang menyebabkan mereka
tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka
akan meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada rakan. Apabila mereka
berlaku pertelingkahan dengan ibu bapanya, mereka akan meluahkan perasaan tidak
puas hati dengan rakannya. Rakan yang buruk akan mengajar mereka lari dari
rumah untuk mencari keseronokan di luar untuk melepaskan ketidak puasan mereka.
Kekurangan pendidikan agama dan moral juga menyebabkan
remaja lari dari rumah. Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan agama dan
moral yang kukuh maka ia tidak akan berfikir rasional semasa membuat sesuatu
keputusan. Mereka akan sentiasa menganggap masyarakat ini tidak adil terhadap
mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik atau buruk. Ibu
bapa yang sibuk dalam kerjaya menyebabkan mereka telah melupakan tanggungjawab
untuk mendedahkan pendidikan agama kepada anaknya. Hal ini telah menyebabkan
anaknya tidak mempunyai jiwa dan fikiran yang matang untuk menghadapi masalah.
Oleh itu, apabila rakannya mengajak mereka lari dari rumah untuk mencari
hiburan yang lebih seronok di luar rumah untuk melepaskan tekanan maka mereka
akan terikutnya.
SANGGUPKAH ANDA MELIHAT IBU BAPA MENANGIS AKIBAT PERBUATAN TIDAK BERMORAL INI??? |
Selain itu,
pengaruh media massa juga perlu bertanggungjawab dalam masalah remaja lari dari
rumah. Kini, kebanyakan media massa yang tanpa sempadan telah menyebabkan
wayang-wayang dan drama-drama barat memasuki pasaran tempatan kita. Watak dalam
drama dan wayang barat selalu memupuk kebebasan diri sendiri. Keadaan ini telah
menyebabkan remaja kita dipengaruhi oleh tindak-tanduk mereka. Oleh itu, mereka
akan belajar daripada drama atau wayang yang ditonton dengan melarikan diri
dari rumah kerana mereka menganggap tindakan tersebut merupakan suatu lambangan
yang hebat dan bangga.
CARA MENGATASI MASALAH INI
Untuk mengatasi masalah remaja lari dari rumah, perhatian
dan kasih sayang daripada ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam dunia remaja kerana segala tindakan ibu bapa akan menjadi
teladan kepada anaknya. Oleh itu, ibu bapa yang sentiasa sibuk dalam pekerjaan
dan jarang berada di rumah akan menyebabkan anaknya belajar tindakannya seperti berlepak-lepak sampai
larut malam sehingga enggan balik rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi
perhatian kepada anaknya seperti sentiasa berada dalam rumah, menemani anaknya
dan bersama-sama mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Seterusnya, remaja
akan berasa dalam rumahnya mempunyai kasih sayang dan mereka akan sentiasa
berada dalam rumah dan kurang berfoya-foya di luar rumah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah remaja lari dari rumah akan membawa
kesan sampingan kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, semua pihak yang
berkaitan dan berkuasa perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini agar masa
depan negara kita dapat terjamin dan mempunyai imej yang baik dalam sudut
pandangan antarabangsa. Seterusnya, negara kita akan menjadi sebuah negara yang
kuat dan maju kerana mempunyai tiang negara yang berbakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan