DEFINISI GEJALA BOHSIA
- Istilah bohsia berasal daripada bahasa Hokkien yang beerti “senyap, sunyi dan diam-diam”.
- Apa yang dimaksudkan ialah ada orang tetapi tidak bercakap.
- Dari segi istilah pula bermaksud satu kegiatan di mana ada sekumpulan orang wanita muda yang berusia muda berada di tempat sunyi dan gelap.
- Mereka ini menunggu mana-mana lelaki yang akan mengambil mereka untuk tujuan maksiat dan mungkin mengadakan zina.
- Golongan bohsia ini juga diistilahkan sebagai “tiada guna lagi” , mungkin kerana mereka ini mudah untuk di bawa ke mana-mana dengan bebas. Ada juga segelintir yang mengelarkan mereka ini “anak abu” dan juga “anak rewang”. Jelasnya bohsia ini terdiri daripada mereka yang berusia remaja yang mengamalkan seks bebas untuk tujuan keseronokan.
JENIS BOHSIA
- Remaja bawah umur yang lari dari rumah dan menumpukan sepenuhnya dengan amalan seks bebas.
- Remaja bawah umur yang masih tinggal dengan keluarga mereka dan hanya akan keluar berfoya-foya pada hujung minggu.
PERINGKAT BOHSIA
- Peringkat tertinggi yang menjalankan kegiatan mereka di disko-disko.
- Peringkat sederhana iaitu remaja yang mengikut mana-mana lelaki yang datang mengambil mereka dengan kereta.
- Peringkat terendah yang dinamakan bohsia motor (minah rempit) yang mana gadis tersebut berpeleseran dengan membonceng motosikal. Golongan ini berpeleseran bukan untuk mendapat kewangan seperti mana tujuan utama pelacur tetapi sekadar untuk keseronokan semata-mata. Musnahnya golongan pelapis Negara.
Jangkitan Virus HIVSesiapa yang meniduri gadis bohsia juaga
akan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dijangkiti virus HIV. Dipetik
daripada Ahmad Redzuan Mohd Yunus (2003), menurut kertas kerja tentang Wanita
Dan Aids yang disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program
Pembagunan PBB dan Bahagian Kemajuan Wanita PBB, sebab sebenar wabak HIV menular
dengan cepat ialah pengabaian wanita dari segi seksual.
Golongan bohsia ini apabila mereka
telah sebati dengan kehidupan mereka selama ini, mereka akan pula memasuki
kancah pelacuran yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Hal ini
kerana, majoriti di kalangan bohsia ini mempunyai pencapaian akademik yang
rendah. Mana mungkin mereka akan mendapat peluang pekerjaan yang dapat
memberikan mereka hasil lumayan. Jadi mereka akan tertarik dengan aktiviti
pelacuran yang lebih teruk lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan