Jumaat, 12 Oktober 2012

Facebook Punca Institusi Kekeluargaan Goyah

Facebook membawa ketagihan. Tidak dapat dinafikan lagi facebook sememangnya membawa ketagihan kepada seluruh lapisan umur tidak kira muda atau tua.
Daripada kajian yang dijalankan di London, pengguna FB akan menghabiskan masa yang terlalu lama untuk melayari FB dan menyebabkan mereka tidakk gembira dengan kehidupan realiti mereka sendiri. Berdasarkan kajian yang dijalankan itu juga, pengguna yang mula membuka komputer akan terus masuk ke laman web jaringan sosial tersebut. golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan  yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan itu.

Banyak masa yang diluangkan hanya untuk Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain.Daripada survey yang dibuat secara rawak itu, 85 peratus daripada mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang lain.

Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat  sama  tahapnya dengan pengguna pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook di Malaysia banyak menghabiskan masa di Fanpage serta Group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan mereka sanggup menghabiskan masa seharian di depan komputer.Kajian di buat mejoriti masyarakat yang berada di Malaysia ini kebanyakkan mempunyai facebook.

Facebook juga berkaitan dengan pembangunan dalam sesebuah keluarga.Sebagai contoh,khususnya kepada pasangan yang berumah tangga apabila wujud orang ketiga yang membawa berlakunya perpecahan rumah tangga.Selain itu,ketagihan facebook pada kalangan remaja yang menyebabkan hubungan menjadi renggang.Jadi kita haruslah membahagikan masa kita bersama keluarga dan melayari internet,khususnya laman social facebook supaya menjadi seimbang.Apabila wujud pembahagian itu maka wujud satu keluarga bahagia.

Antara contoh laman sosial yang selalu digunakan :