Sabtu, 10 November 2012

Gejala Pembuangan Bayi


   


GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Gejala pembuangan bayi bukanlah satu isu yang baru namun boleh dianggap sebagai isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi topik perbualan dalam media massa. Hal ini demikian kerana gejala pembuangan bayi telah mula bertapak pada zaman Jahiliah yakni sewaktu manusia masih hidup di bawah kegelapan dan tiada nabi, rasul serta al-Quran sebagai panduan hidup. Walau bagaimanapun, gejala pembuangan bayi pada zaman Jahiliah tidak sama dengan kes-kes pembuangan bayi yang berlaku pada hari ini kerana gejala pembuangan bayi pada hari ini lebih kepada desakan hawa nafsu manusia itu sendiri.

Definisi:
 Pembuangan bayi
  •  Perbuatan atau tingkah laku negatif dengan cara mencampakkan dan menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata tempat bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan diri daripada masalah yang akan timbul kemudiannya tanpa ada rasa belas kasihan.
 Faktor-faktor berlakunya pembuangan bayi:
  1. kekurangan didikan agama dan moral 
--- Remaja yang sering menimbulkan masalah ini boleh dikategorikan sebagai manusia yang kurang menitikberatkan soal agama dan moral yang baik. Pendidikan agama dan moral yang kurang diterapkan dalam diri seseorang yang bergelar remaja menjadi punca berlakunya masalah ini. Kurangnya didikan agama dan moral yang betul telah menyebabkan sesetengah remaja tidak mempunyai haluan hidup yang lurus. Oleh hal yang demikian, mereka mudah terjerumus ke dalam
gejala yang tidak sihat ini sehingga ada yang sanggup
membakar bayinya dan membunuhnya dengan kejam.                              

    2. keruntuhan institusi kekeluargaan
                                                             
--- Dalam hal ini, masalah yang timbul dalam kehidupan
berkeluarga turut menjadi penyumbang kepada gejala
ini. masalah penceraian dan pergaduhan ibu bapa telah
menyebabkan mereka mengalami tekanan atau stres yang
melampau sehingga terlibat dalam kancah negatif seperti ini. Kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mengakibatkan mereka rasa tersisih lalu keluar untuk mendapatkan keseronokan semata-mata.

    3. pengaruh rakan sebaya

--- Dalam usia yang agak muda, remaja sering terpengaruh dengan rakan sebaya yang negatif. Dalam hal ini, rakan sebaya akan mempengaruhinya dengan cara memujuk dan mengajak melakukan sesuatu di luar batasan seseorang manusia dan bukan yang ada pada norma-norma masyarakat hari ini.Akhirnya, mereka yang lemah dan tunduk dengan godaan syaitan akan mudah terjerumus ke dalam masalah seperti ini.

   Kesan-kesan gejala pembuangan bayi:

1. individu--- mereka yang melahirkan bayi dengan sendiri tanpa bantuan daripada pihak hospital sudah tentu mengalami pendarahan yang banyak di samping akan dijangkiti kuman yang serius. Malahan juga, mereka yang mengalaminya akan merasa kurang berkeyakinan, enggan bersua muka dengan orang ramai dan masalah emosi.

2. masyarakat--- masyarakat juga akan turut terkena tempiasnya seperti kata peribahasa "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Hal ini demikian kerana masalah pembuangan bayi menyebabkan masyarakat setempat akan rasa malu dan akan dipandang serong oleh masyarakat yang lain.

3. negara--- Dalam hal ini, negara juga akan mengalami masalah dari aspek pembangunan negara. Hal ini demikian, gejala pembuangan bayi turut membantutkan pembangunan ekonomi negara dari segi kewangan kerana pihak kerajaan terpaksa menghabiskan jumlah wang yang besar untuk mendirikan rumah-rumah kebajikan untuk menempatkan bayi-bayi tersebut sementara. Keadaan ini telah membebankan kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat.

Langkah-langkah membendungnya:
1. peranan individu dan masyarakat-- individu dan masyarakat perlu bekerjasama dan berusaha sedaya upaya untuk mengembleng masalah ini dengan mencegah dan membanteras segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh golongan seperti ini agar kelak tidak diterapkan kepada generasi yang akan datang.
2. perlaksanaan program-program tertentu-- pihak kerajaan dan swasta harus melibatkan diri secara aktif  dalam melaksanakan program-program positif yang berunsurkan ilmiah,motivasi,ceramah dan sebagainya untuk menyedarkan orang ramai khususnya remaja tentang bahaya jika terjerumus ke dalam kancah ini.




Kesimpulan:

      Gejala pembuangan bayi semakin berleluasa di negara ini. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian dan tidak ada usaha untuk membanterasnya sudah tentu gejala ini akan terus menular sehingga generasi seterusnya. Oleh hal yang demikian, langkah-langkah yang efektif harus dilaksanakan agar masalah ini tidak berlanjutan kelak.